EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese

Yang Faham Biarkan

Hidup tanpa matahari mungkin gila jadi
hati resah tapi usah difikir nanti mati
terkenang dosa lalu sakit perit siapa yang tahu
hilang cahaya merah di ufuk barat pun tetap begitu
kalau mati tak tahu mana satu asalkan selamat jangan biarkan
mungkin jiwa menterai mimpi nan indah tapi berjayakah pertemuan?
tak siapa yang tahu dan tak siapa yang mengerti
tapi aku tahu dan DIA lebih tahu akan apa yang terjadi
ambillah sekadar mimpi bukan hakikat yang pasti
namun tabah itu mesti jangan pergi sendiri
pesanan buat jiwa yang kelam
sambutlah hati suci mudah-mudahan tenteram
la tahuf sebab DIA menduga kita
la tahzan sebab DIA bersama kita
tengok bintang suluh bulan pasti subhanAllah
cuci hati sental jiwa pasti tabarakAllah
zinatulhayah perhiasan hidup dunia akhirat inspirasi hati
mengutip mimpi bukan sesuatu yang ilusi
pecah gunung hancur langit tetap hak NYA
yang pasti itulah DUNIA...

Baca seterusnya...

Friendster @ RSI Yang Membosankan

Saya bercerita atas pendapat saya bukannya terpengaruh pada mana-mana pihak, kalau ada pun mungkin sedikit. Apa yang ingin saya sampaikan kepada anda mungkin sangat sensisif bagi mereka yang terkecimpung dalam dunia Rangkaian Sosial Internet (RSI) dan nescaya entri kali ini menimbulkan kontroversi di kalangan anda. Terlebih dahulu saya minta maaf.. Apa itu RSI? Seperti yang difahami RSI itu adalah suatu rangkaian untuk bersosial di alam maya seperti Friendster, Myspace, Hi5, Facebook dan sebagainya. Saya lebih suka mengambil contoh friendster kerana rangkaian itu sangat popular di Malaysia malah di Asia, juga saya telah berpengalaman dalam dunia RSI frienster pada tahun 2005.

Friendster diasaskan pada tahun 2002 oleh Jonathan Abrams yang merupakan antara nama-nama penting di Lembah Silikon, California. Sebelum terciptanya friendster, terdapat juga beberapa lagi laman-laman web RSI seperti Six Degrees dan SocialNet. Tetapi RSI tersebut gagal mendapat sambutan kerana pengguna dan teknologi yang ada pada waktu itu tidak maju seperti hari ini. Friendster muncul tepat pada masanya, dimana pada ketika itu penggunaan internet sangat meluas diseluruh dunia. Malah teknologi web sudah mula berevolusi kepada Web 2.0, dan juga para pengguna internet sudah mula memahami penggunaan internet secara mendalam.

RSI friendster mula menduduki tangga yang tertinggi dalam jumlah pelawat setiap hari, namun kedudukan itu mula turun sedikit demi sedikit setelah munculnya RSI yang baru seperti Myspace 2003 oleh pemilik langsungnya Fox Interactive Media dan Facebook 2004 oleh Mark Zuckerberg. Kini kedudukan Friendster dalam carta Top 500 Sites menduduki carta ke 82 bagi tarikh 13 Jun 2009. Tidak hairanlah kejayaan Friendster yang dahulunya pada tahun 2003, Google telah cuba untuk membeli kompeni Friendster pada harga USD 30 juta, tetapi Jonathan Abrams telah menolak tawaran lumayan Google tersebut.

Pada mula friendster dibangunkan, saya berfikir ianya satu altenatif yang baik untuk saya mencari kawan-kawan lama yang dahulunya sentiasa bersama dan bergelak ketawa. Ternyata hasrat saya itu menjadi kenyataan setelah saya berkecimpung dalam dunia tersebut. Saya pun mula aktif pada setiap hari mencari dan terus mencari. Saya berjaya kumpulkan hampir 70% kawan-kawan saya sejak di zaman kehigusan sehingga kini yang dah berjanggut. Setiap hari pernah saya habiskan sehingga 3 4 jam kerana dek friendster. huhu.. isk isk.. Rugi-rugi..

Namun setelah setahun saya bersama friendster, barulah saya mulai sedar bahawa friendster bukanlah tempat untuk saya bersama kawan-kawan. Persahabatan saya dengan kawan-kawan tidak dapat saya rasai senikmat-nikmatnya erti persahabatan di dalam friendster kerana kami cuma berbicara di alam maya, suatu alam yang penuh dengan misteri positif dan negatifnya.

RSI ini sebenarnya mendidik kita tidak menghargai erti persahabatan atau perhubungan. Dengan adanya RSI, mudahnya pertemuan dan perpisahan berlaku. "Pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu mutlak", maknanya pertemuan itu sama ada sengaja ataupun tidak sengaja manakala perpisahan pula mesti terjadi, tetapi disebabkan RSI, pertemuan dan perpisahan itu menjadi sekali iaitu "bersyarat". Pendek kata, mencipta hubungan dengan pantas dan menghancurkan perhubungan dengan mudah. Tidak hairanlah jika pertemuan yang mula didahului dengan keghairahan dan kegembiraan akhirnya menemui kebosanan.

Sebagai contoh sahabat yang lama bertemu di friendster, pertemuan yang dimulai dengan kemesraan
"hai kawan, lama tak jumpa? gembiranya jumpa kau... bla bla bla.." Saling bertukar testimonial dan komen. Apabila masa semakin meluncur kehadapan, testimonial atau komen tadi yang pada mulanya saling bertukaran dari 2 3 kali sehari kepada seminggu sekali dan jejak sebulan sekali dan apabila masa semakin meninggalkan usia kemesraan itu menjadi samar-samar sehingga "hai kawan tak kan jenguk je profil aku, alang-alang dah jenguk tu tinggallah jejak ke ape ke". di sini kita dapat mentafsirkan bahawa persahabatan yang terjalin tidak seindah rupa apabila saling berhubung.

Disebabkan saya bersungguh dalam persahabatan maka saya menjauhkan diri saya dari alam maya tersebut. Menjauhkan darinya bukan bermakna saya seperti katak di bawah tempurung, tetapi mengajar saya lebih dari penjagaan erti persahabatan. Berbalik kepada cerita friendster yang menggelikan hati saya, apabila saya melihat profil-profil yang tiada kaitannya dengan saya. Meredah masuk dan melihat gambar-gambar yang saya tak pernah kenali sebelum-sebelum ini. Terasa sangat ianya suatu pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa. Alahai...

Kes yang terbaru yang lagi melucukan saya adalah penyamaran identiti. Mungkin penyamaran ini dah lama berlaku tetapi baru sahaja terkena pada housemate saya. Geli hati saya bila dia bising-bising dan bengang melihat gambar-gambarnya di jaja sana sini. Kesian... Tapi apa boleh buat dia juga yang mengizinkan gambar-gambarnya di copy paste (mampos aku kalo ko bace post aku nih.. hehe)

Perkara ini berlaku mungkin disebabkan RSI mula dirasai kebosanannya, bila dah tak ada kerja lain lagi maka kaki-kaki aniaya mula mengerjakan tugasnya selaku pembosan. Mencetak gambar-gambar orang dan menyamar untuk kepentingan sendiri. Nak salahkan siapa?? Yang memberi atau yang mengambilnya?? hehe.. Pandai-pandailah fikir ye kawan??

Lain kali jangan sembarangan berkawan dalam RSI ni, main approve je sesuka hati tanpa fikir negatif yang bakal berlaku. Cecah beratus-ratus dan beribu-ribu members dalam friendster. Entah dengan siapalah dia berkawan. huhu..

Tak sedar yang saya dah panjang menaip.. hehe.. Nak stop dulu dan untuk lain kalinya saya akan merungkai lagi misteri mengenai Dunia Rangkaian Sosial yang membosankan dan membosankan dan membosankan..

Saya akui ada juga baiknya RSI ini tetapi bagi mereka yang pandai menggunakannya sahaja. Walau apa-apa pun saya tidak pernah menghalang anda dari terjebak ke dunia tersebut tetapi nasihat saya, sentiasalah mengawasi kelakuan anda di dalam RSI ini. Kalau rasa tak boleh kawal maka saya cadangkan tutup akaun.. hehe..

Baca seterusnya...

Si DIA Untuk Anda

Kini dunia teknologi seperti yang diketahui sudah sampai ke peringkat yang sudah gila. Setiap hari akan ada teori-teori baru yang dicipta untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi yang sudah gila ini. Tidak lupa juga ukuran 'gila' ini juga sesuai untuk para penggila virus dan spam yang semakin hari semakin rancak membunuh dan menganggu gugat sistem boot samada pada komputer anda atau seumpamanya. Para penggila ini tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang meletakkan otak dan akalnya di lutut atau di mana-mana yang mereka suka. Baru-baru ini telah lahir sejenis agen spam yang berkelakuan agak tidak malu yang ditejermahkan sebagai 'Paypal fresh for free'. Lazimnya spam ini dihantar melalui Yahoo Messenger atau seumpamanya. Kenakalannya menyebabkan berlakunya kerosakkan pada sistem windows anda dan jika anda berpeluang untuk pulih maka bersyukur itu lebih utama. Dan jika tidak, ikat hard disk anda cantik-cantik dan campakkan ke mana sahaja yang anda suka. Mengikut bicara kata mangsa yang terkena, untuk pulihkan hard disk kembali seperti sedia kala adalah sangat sukar meskipun di format beribu-ribu kali...

Saya telah bersama DIA hampir 5 tahun lamanya. Perkenalan kami bermula setelah saya mendapat kepercayaan dari pihak sekolah untuk menjaga sebuah bilik ICT pada ketika itu. Bibit-bibit pertemuan kami sangat indah bagai bulan yang setia pada malamnya. Kemesraannya terhadap saya pula membuat saya jatuh hati dan menaruh harapan yang tinggi seperti tingginya bintang di langit. Saya mula sayang padanya setelah DIA menunjukkan kebolehannya yang sangat luar biasa. DIA sangat baik disisi saya dan paling caring sekali. Sekarang sudah tiba masanya untuk saya mengizinkan DIA menjaga anda. Soal siapa anda? Perempuan atau lelaki tidak punyai masalah, kedua-dua boleh mengamati bersama. Tentu anda mula mencurigai siapakah DIA? hehe.. Teruskan perjalanan anda untuk mencari kepastian...

Yang saya maksudkan DIA tu adalah Anti Virus Kaspersky. hehe.. Malas nak cerita panjang, kiranya anti virus ni adalah hadiah istimewa buat anda!! Mungkin akan ada beberapa persoalan dan kritikkan seperti berikut:

1. Kenapa mesti kaspersky??
Jawapannya kerana dia adalah cemerlang gemilang dan terbilang...

2. Alaa boleh download sendiri.. Buat apa susah-susah nak kasi?
Jawapannya adakah anda telah mendapat key yang sesuai dan bertahan lama? Tak nak senyap sudah!

3. Kecohlah lu mamat... Gua boleh dapat key tu senang je...
Jawapannya cubalah cari yang free dan key yang tak black list. Kalau dapat Habaq mai...

4. Power sangat ke Kaspersky tu?
Jawapanya cuba pakai tengok...

5. Saya tak pandailah nak guna Kaspersky...
Jawapannya tak kenal maka tak cinta, jadi kasi sobek dan kasi feel penggunaannya insyallah anda akan pandai gunanya...

6. Tumpang tanya, nak guna Kaspersky yang mana satu ye?
Jawapannya untuk sedia maklum kespersky mengeluarkan dua produk yang popular iaitu Kaspersky Anti Virus (KAV) dan Kaspersky Internet Security (KIS). Jadi gunalah mana-mana pun janji anda bahagia. Nak ikut saya guna KIS...


Untuk memuat turun software tersebut saya tidak menyediakan sebarang link kerana dalam internet telah banyak disediakan. Jadi mula-mula anda memuat turun dahulu software berkenaan di laman web yang dipercayai dan seterusnya dapatkan KEY dari saya.. Saya akan beri KEY kespersky secara percuma tanpa sebarang syarat. Sekiranya anda ingin menuntut HADIAH tersebut sila hantar mesej kepada saya melalui email yang tertera di bawah sekali atau tinggalkan pesanan di ruang komentar.

Mengapa saya terlalu berjaga-jaga?
Jawapannya kerana ini adalah RAHSIA... Dah dapat jangan kecoh-kecoh!!

Perjalanan hidup sebagai hamba Allah SWT yang telah berjanji mengikat janji semasa kecil sewajibnya sentiasa mensyukuri akan segala nikmatnya. Jangan jadi seperti belon yang di lepaskan anginnya menjadikan dia tiada pedoman hidup seperti orang yang tidak tahu ke mana arah tujunya...

Baca seterusnya...

Kembali

Assalamualaikum wbt dengan penuh senyuman dan tawakal... Seperti yang dijanjikan akhirnya saya muncul jua setelah sekian lama menyepi dan berdiam diri. Kemunculan saya kali ini bukan bersahaja dan tangan kosong semata-mata, tetapi ada sesuatu yang istimewa untuk anda yang tidak pernah jemu bertandang ke rumah saya. Kini rumah ini insyallah akan kembali berseri dan akan menyaksikan beberapa perubahan yang akan berlaku seperti tengok!! banner tu dah baru.. hehe.. Untuk hari ini saya tak mahu berceloteh panjang, hanya sekadar memaklumkan kewujudan saya yang sedia ada dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih selisih panjang (!@#$%^?). Tentang something istimewa untuk anda yang saya maksudkan tu next entri ye? Sekarang masih tengah bungkus-bungkus, lipat-lipat mende alah tu. hehe..

Tidak lupa juga untuk mengucapkan BRAVOO CHELSEA atas kejayaan merangkul KEJUARAAN PIALA FA CUP..

Baca seterusnya...